Tafsir Surah Kahfi Ayat 39 – 45 (Kehidupan dunia yang tidak kekal) (2024)

Table of Contents
وَلَوْلٓا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ إِنْ تَرَنِ أَنَاْ أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا فَعَسَىٰ رَبِّي أَنْ يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّنْ جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقً أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا فَلَن تَستَطِيعَ لَهُ ۥ طَلَبًا وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِۦ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَىٰ مَا أَنْفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يٰلَيْتَنِ لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا وَلَم تَكُن لَّهُ ۥ فِئَةٌ يَنصُرُونَهُ ۥ مِنْ دُونِ اللهِ وَمَا كَانَ مُنْتَصِرًا هُنَالِكَ الْوَلٰيَةُ ِلِلهِ الْحَقِّ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنٰهُ مِنَ السَّمَاءِ فَٱختَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلأَرضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيٰحُ وَكَانَ اللهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا

Kahf Ayat 39: Dia beri nasihat kepada sahabatnya itu. Ini adalah cara menghargai nikmat yang Allah telah berikan. Tidak salah kalau kaya, tapi kenalah bersyukur kepada Allah.

Sahih International

And why did you, when you entered your garden, not say, ‘What Allah willed [has occurred]; there is no power except in Allah ‘? Although you see me less than you in wealth and children,

Malay

Dan kenapa semasa engkau masuk ke kebunmu, engkau tidak berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

وَلَوْلٓا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ

Dan kenapakah tidak, ketika kamu masuk ke dalam kebun kamu, kamu berkata begini:

Kawan yang miskin dan mukmin itu memberi nasihat kepada orang yang kaya itu. Apa kata semasa kamu masuk ke dalam kebun kamu itu, kamu mengembalikan nikmat itu kepada Allah dengan memujiNya?

مَا شَاءَ اللهُ

“Yang dikehendaki Allah”;

Katakanlah dan fahamlah yang semuayang berlaku adalah hanya atas kehendak Allah sahaja. Kebun dia yang hebat itu adalah kerana takdir Allah yang menjadikannya begitu.

Kita selalu sebut kalimat ini tanpa memahami maknanya. Ketahuilah yang semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Daripada sekecil-kecilnya, sampai ke sebesar-besarnya.Kereta kita boleh berjalan baik pun atas kehendak Allah. Kita makan ubat dan kemudian sihat juga atas kehendak Allah. Jangan kita kata ubat itu yang menyembuhkan kita.

Maka kita menghargai Allah dengan mengucapkan kalimah ma sha Allah ini. Iaitu apabila sesuatu menggembirakan kita, maka kita ucapkan kalimah ini. Apabila kita sesuatu yang hebat dan menakjubkan, kita ucapkan kalimah ini. Bukannya ucapkan ‘subhanallah’ seperti yang Orang Melayu selalu buat. Ini adalah kerana kalimah subhanallah diucapkan jika kita lihat perkara yang tidak baik. Kalimah subhanallah juga kita boleh gunakan kalau kita terkejut dengan kebodohan seseorang.

لَا قُوَّةَ

“Tidak ada daya kekuatan”;

Kita tidak ada kekuatan langsung dari diri kita sendiri. Kita tidak ada kekuatan kita untuk menumbuhkan pokok yang kita tanam, atau tidak ada daya bagi kita untuk ajak orang berhenti singgah di kedai kita. Kedai lain banyak lagi orang boleh masuk. Kita tidak ada kuasa semua itu.

Semua itu adalah atas kehendak Allah. Bagaimana kita hendak sesuatu itu terjadi pun, tapi kalau Allah tak izinkan, ianya tidak akan terjadi.

إِلَّا بِاللهِ

“melainkan dengan kuasa Allah”;

Kebolehan yang kita ada adalah dari Allah. Kembalikan semuanya kepada Allah. Apa-apa kemampuan dan kejayaan yang kita ada adalah kerana Allah.

Ini adalah kata-kata orang beriman itu kepada orang kafir yang kaya itu. Allah nukilkan kata-katanya dalam Qur’an kerana kebenaran yang dikatakannya itu.

Oleh itu sebelum kita tengok kebun kita, atau sebelum kita buka kedai kita, maka katakan: مَا شَاءَ اللهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ. Apabila ada orang datang, kita baca lagi. Bila orang sudah ramai, kita baca lagi. Atau apabila kita tunggu, tidak ada orang masuk, kita baca ayat yang ini juga. Apabila orang tanya macam mana dengan perniagaan kita, sebelum kita jawab sambil kita baca juga ayat ini. Kita mengaku bahawa kita tidak ada kekuatan apa pun. Kita baca kerana kita nak ingatkan diri kita.

Tapi yang terjadi sekarang adalah sebaliknya. Ramai yang tanya kepada guru sama ada mereka ada ‘ayat-ayat pelaris’ yang boleh mereka gunakan. Maka, guru yang ajar ajaran yang salah akan bagi ayat itu ini, benda itu dan ini. Padahal, inilah ‘ayat pelaris’ kepada kita. [Jangan tampal pula ayat ini di kedai].

إِنْ تَرَنِ أَنَاْ أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

“Jika kamu tengok aku kurang dari kamu dari segi harta dan anak”;

Ayat ini kena baca bersambung dengan ayat selepas ini baru boleh faham.

Kenapa Allah sebut ‘anak’ dalam ayat ini. Kalau harta orang tidak beriman itu, kita sudah faham. Anak yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah anak lelaki. Sebab kalau anak perempuan, perkataan lain yang digunakan.

Disebut ‘anak lelaki’ adalah kerana anak lelaki adalah juga aset kepada seseorang bapa. Anak lelaki lah yang banyak menolong dalam perniagaan dan dalam kerja-kerja yang mendapatkan duit.

Kalau anak perempuan, bila sudah dewasa, akan meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan lelaki lain. Dan anak perempuan itu berkhidmat dengan keluarga lain pula. Sedangkan ayah dia yang besarkan, tapi bila sudah besar dia berkhidmat kepada keluarga lain pula. Maka anak perempuan bukanlah satu aset dalam hal ini. Malah kena keluarkan banyak wang untuk jaga anak perempuan pula.

Ini adalah fahaman orang yang tidak beragama. Mereka hanya melihat dari keuntungan dunia sahaja. Bila tengok tidak ada kepentingan ekonomi dari anak perempuan, ramai yang tidak suka kepada anak perempuan. Padahal Islam tidak begitu. Dalam Islam, tidak ada kelebihan anak lelaki atas anak perempuan. Malah, anak perempuan itu sebenarnya lebih utama dari anak lelaki. Lihatlah semua anak-anak Nabi Muhammad yang kekal sampai ke besar adalah anak perempuan, bukan? Takkan baginda rugi pula dapat anak perempuan?

Lelaki Mukmin berkata begini kerana mungkin lelaki kaya itu mungkin ada anak lelaki yang banyak yang dia banggakan kerana dapat membantunya. Maka lelaki mukmin itu menegur salah faham dia. Kerana dia melihat kepada kebendaan sahaja dan kerana sahabatnya itu kurang dari segi kebendaan, maka dia telah pandang rendah kepada sahabatnya itu.

Kahf Ayat 40:

Sahih International

It may be that my Lord will give me [something] better than your garden and will send upon it a calamity from the sky, and it will become a smooth, dusty ground,

فَعَسَىٰ رَبِّي أَنْ يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّنْ جَنَّتِكَ

Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi kepadaku lebih baik dari kebun kamu ini;

Lelaki mukmin itu tahu yang Allah boleh lakukan apa sahaja. Memang lelaki pertama itu kaya dan ada banyak kebun dan harta. Tapi Allah boleh sahaja berikan yang lebih baik kepadanya kalau Allah mahu.

Apakah yang lebih baik dari kebun yang hebat itu? Itulah keampunan dari Allah. Itulah yang lebih baik dari kebun-kebun itu. Lebih baik dari apa-apa sahaja kenikmatan dalam dunia yang tidak kekal ini. Bila Allah ampun dosa dan beri rahmat kepada kita, tidak ada lagi yang lebih besar darinya.

وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ

Dan mungkin Tuhan akan mengirimkan ke atasnya bala daripada langit;

Ada dua riwayat tentang apakah bala yang diturunkan: ada yang katapetirturun dari langit. Ada riwayat lain yang mengatakanhujan lebat yang sejukturun yang menyebabkan kebunnya runtuh. Dari segi bahasa, ianya lebih kepada petir yang menyebabkan kebakaran kepada sesuatu kawasan.

فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقً

Maka jadilah kebun itu satu tanah yang licin;

Perkataanصَعِيدًا telah disebut sebelum ini. Ia bermaksud ‘berdebu’. Apabila sesuatu tanah itu tidak ada apa-apa setelah musnah, hanya tinggal debu sahaja.

Perkataanزَلَقً itu bermakna tanah yang amat datar dan berdebu, sampaikan kalau kita berjalan di atasnya, ia amat licin sampai boleh menjatuhkan kita.

Kahf Ayat 41:

Sahih International

Or its water will become sunken [into the earth], so you would never be able to seek it.”

Malay

Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”.

أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا

Atau jadikan airnya surut;

Telah disebut sebelum ini bagaimana ada sungai yang mengalir di celah-celah kebun lelaki itu. Dan ia menjadi sumber air yang menjadikan kebunnya itu subur. Tapi Allah boleh jadi air itu kering ditelan ke dalam bumi.

فَلَن تَستَطِيعَ لَهُ ۥ طَلَبًا

Maka kamu tidak akan dapat mencarinya lagi

Kalau Allah sudah hilangkan air itu, tidak ada harapan untuk mencarinya lagi. Kalau nak korek dalam lagi pun tidak akan dapat jumpa. Allah boleh beri air dan Allah boleh hilangkan air itu.

Kahf Ayat 42:

Sahih International

And his fruits were encompassed [by ruin], so he began to turn his hands about [in dismay] over what he had spent on it, while it had collapsed upon its trellises, and said, “Oh, I wish I had not associated with my Lord anyone.”

Malay

Dan segala tanaman serta hartabendanya itu pun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku!”

وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِۦ

Dan diliputi buah-buahnya;

Memang Allah memberitahu yang bala telah diberikan atas kebun buah itu. Rosak binasa semuanya sekali. Bala itu meliputi keseluruhan kebunnya.

فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ

lalu dia mula membolak-balikkan tangannya;

Maka lelaki kaya itu telah memusing-musingkan tangan sebagai tanda penyesalan. Ini adalah bahasa kiasan. Kita biasa lihat orang yang menyesal akan buat macam-macam dengan tangan mereka.Kalau orang yang ada masalah yang teruk, mereka akan buat macam itu.

عَلَىٰ مَا أَنْفَقَ فِيهَا

di atas apa yang telah dibelanjakannya;

Dia akan menyesal sangat. Iaitu mengenangkan segala perbelanjaannya untuk mengendalikan kebunnya itu.

وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا

dan kebun itu roboh atas para-paranya;

Dan apabila ditimpa hujan yang lebat, para-para kebun itu akan jatuh dulu, dan kebun itu pula akan jatuh atas para-para itu. Maknanya, mula-mula para-para pokok anggur itu yang tumbang dahulu, kemudian buah anggur pula yang jatuh atas para-para itu.

وَيَقُولُ يٰلَيْتَنِ

dan dia berkata: “aduhai celakalah aku! Alangkah baiknya kalau dulu aku”

Sekarang lelaki kaya itu amat menyesal. Dia menyesal perbuatannya dahulu dan fahamannya dulu. Tapi sekarang kerana apa yang terjadi kepadanya itu menjadikan dia sedar tentang kesilapannya.

لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun;

Dia menyesal sangat kerana telah mensyirikkan Allah dulu. Dia syirikkan Allah dengan mengatakan kebun itu akan kekal sampai bila-bila. Dia kata dia yang pandai mengurus kebunnya sampai kebunnya itu maju. Dia lupa yang kalau Allah tidak memberikan segalanya itu kepadanya, dia tidak akan ada apa-apa. Dia telah lupa kepada Allah. Begitulah sifat mereka yang hanya melihat perkara yang material sahaja.

Sebenarnya kita boleh lihat bahawa lelaki ini telah bertaubat. Dia akhirnya telah menyedari kesalahannya. Bala yang dikenakan kepadanya telah menyedarkan dirinya. Oleh itu, ada kebaikan dalam bala itu kerana telah dapat mengubah dirinya. Kalau dia mati dengan fahamannya itu, maka malanglah nasibnya.

Allah mengajar kita: kalau kena bala, maka kita hendaklah bertaubat. Kerana bala itu adalah untuk mengingatkan kita. Ianya hendak merendahkan diri kita supaya kita boleh terima kesalahan yang kita lakukan dan kita mahu kembali kepada kebaikan. Kerana kalau kita dalam kedudukan yang tinggi atau kaya, selalunya susah untuk kita menerima nasihat.

Tuhan ceritakan kisah ini untuk memberitahu kepada kita, ada perbuatan syirik dalam hal harta. Syirik itu bukan hanya sembah berhala sahaja. Bukan hanya dalam menyembah tuhan-tuhan selain Allah sahaja. Itu adalah jenis syirik yang jelas. Tapi ada lagi jenis syirik yang tidak jelas kepada kita. Tapi ia juga adalah salah satu dari perbuatan syirik.

Kahf Ayat 43:

Sahih International

And there was for him no company to aid him other than Allah , nor could he defend himself.

Malay

Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

وَلَم تَكُن لَّهُ ۥ فِئَةٌ يَنصُرُونَهُ ۥ

Dan tidaklah dia akan dapati satu puak pun yang boleh menolongnya;

Kalau dulu dia banggakan keturunannya yang ramai dan pengikutnya yang ramai. Tapi tak seorang pun yang boleh membantunya sekarang.

مِنْ دُونِ اللهِ

selain dari Allah

Tiada ada sesiapa selain Allah yang boleh bantu dia lagi.

وَمَا كَانَ مُنْتَصِرًا

Dan tidaklah dia dapat menolong dirinya sendiri.

Kalau tidak ada orang yang menolong, tentulah dia kena berharap kepada dirinya sendiri, bukan? Tapi dirinya sendiri pun tidak dapat menyelesaikan kehancuran kepada kekayaannya itu.

Kahf Ayat 44:

Sahih International

There the authority is [completely] for Allah, the Truth. He is best in reward and best in outcome.

Malay

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

هُنَالِكَ الْوَلٰيَةُ ِلِلهِ الْحَقِّ

Di sanalah zahirnya pertolongan hanya dari Allah;

Allah menegaskan bahawa pertolongan itu hanya milik Allah. Maknanya, kalau Allah nak tolong, Dia akan tolong. Kalau tak, kita tidak akan dapat pertolongan. Tidak boleh berharap dengan diri sendiri dan tidak dengan orang lain lagi. Memang ini mengingatkan kita untuk bergantung dengan Dia sahaja. Allah sahaja yang sebenar-benar boleh menolong dan menyelesaikan masalah.

هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا

Dialah sebaik-baik yang memberi pahala;

Allah sahaja yang boleh beri pahala kepada hambaNya. Dialah yang pandai untuk memberi balasan di akhirat kelak.

وَخَيْرٌ عُقْبًا

dan sebaik-baik cita-cita kembalian;

Maknanya, kepadaNya sahaja kita kena berharap untuk kembali. Tapi kita selalu angan-angan benda lain, tidak fikirkan kematian. Maka kerana itulah Allah selalu ingatkan dalam Qur’an tentang kematian. Kerana kematian hendaklah selalu kita ingat. Hendaklah selalu ingat yang kita akan kena kembali mengadap Allah di akhirat kelak. Kena bersedia untuk mengadap Allah.

Habis Ruku’ ke 5 dari 12.

Kahf Ayat 45:Kisah seterusnya.

Sahih International

And present to them the example of the life of this world, [its being] like rain which We send down from the sky, and the vegetation of the earth mingles with it and [then] it becomes dry remnants, scattered by the winds. And Allah is ever, over all things, Perfect in Ability.

Malay

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا

Dan buatlah bagi mereka satu contoh bandingan kehidupan manusia di dunia ini

Dari kisah sebelum ini, sekarang Allah suruh buat perbandingan yang baru pula. Iaitu bandingkan kehidupan dunia ini secara keseluruhan.

كَمَاءٍ أَنْزَلْنٰهُ مِنَ السَّمَاءِ

ianya seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit

Kehidupan di dunia memerlukan air untuk hidup. Maka Allah banyak menceritakan tentang air hujan. Kerana dari air hujan yang satu inilah digunakan oleh berbagai jenis tumbuhan dan haiwan dan juga kita untuk melangsungkan kehidupan. Allah banyak suruh kita tengok kepada air hujan ini.

فَٱختَلَطَ بِهِۦ نَبَاتُ ٱلأَرضِ

maka bercampurlah air itu dengan tumbuh-tumbuhan di muka bumi;

Dari air hujan yang turun dari langit ke bumi itu, ia masuk ke dalam tanah, maka ia digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk menjadi subur. Contohnya, rumput, padi, gandum dan sebagainya. Semuanya memerlukan sumber air. Dengan ada air, maka tumbuhan dapat hidup subur.

Dari ayat ini memberitahu kita yang air itu bercampur dengan tumbuhan itu. Zaman dahulu ada yang kritik Al-Qur’an tentang perkara ini. Mereka kata Al-Qur’an tersilap maklumat kerana mereka kata semua air yang disedut oleh tumbuhan kemudiannya menyejat ke atmosfera. Cuma kajian moden baru tahu bahawa rupaya ada hampir 3% dari air yang disedut itu terus disimpan dan dipakai oleh tumbuhan dan ditukar menjadi klorofil. Inilah salah satu mukji*zat Al-Qur’an yang membuktikan ia adalah kalamullah dan bukan tulisan manusia kerana mana mungkin manusia 1,400 tahun dahulu tahu tentang perkara ini?

فَأَصْبَحَ هَشِيمًا

maka kemudian ia menjadi kering hancur;

Lama kelamaan tumbuhan itu akan menjadi warna kuning dan kemudian layu dan semakin layu. Kerana jangka hayat tanaman itu telah sampai. Ia menjadi semakin kering dan kering dan lama-lama ia akan hancur dan kemudian menjadi debu. Tidak ada tumbuhan yang akan kekal.

تَذْرُوهُ الرِّيٰحُ

ditiup angin;

Setelah ia hancur jadi debu, maka tumbuhan itu diterbangkan oleh angin; yang tinggal hanyalah tanah yang kosong. Dulu tanaman itu nampak hebat, tapi sekarang tidak ada apa-apa kesan lagi.

Kehidupan dunia itu pun begitu juga. Kita hidup membesar dan kemudian akan tua dan kemudian akan mati. Apabila mati disimpan dalam tanah dan lama kelamaan akan hancur ditelan tanah. Peringatan untuk kita adalah: apa-apa sahaja yang kita dapat dari kejayaan dalam dunia ini adalah kerana Allah. Tapi ianya tidak akan kekal. Kehidupan dunia ini pasti tidak kekal.

Tujuan kisah dua lelaki ini adalah berkenaan dengan bahayanya materialisme. Manusia akan ramai yang akan terpedaya dengan keindahan dunia. Keindahan dunia inilah yang digunakan oleh Dajjal nanti apabila dia keluar dan menyesatkan manusia nanti. Dia akan menggunakan dunia dan segala keindahannya untuk memperdayakan kita. Mereka yang terkesan dengan materialisme akan senang sahaja ditipu Dajjal nanti.

وَكَانَ اللهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا

Dan Allah itu atas segala sesuatu Maha Berkuasa sungguh.

Di hujung ayat ini Allah mengingatkan yang kekuasaan penuh adalah pada Allah. Allah boleh buat apa sahaja yang Dia kehendaki. Maka kita kena serahkan segalanya kepada Allah. Dan kerana semua perkara dalam urusan Allah, maka kita kena berdoa dan berharap terus kepada Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Julai 2023

Ringkasan Surah Kahf

Rujukan:

Maulana Hadi

Tafhim-ul-Qur’an,Abul A’la Maududi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Kahfi Ayat 39 – 45 (Kehidupan dunia yang tidak kekal) (2024)
Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Lakeisha Bayer VM

Last Updated:

Views: 6247

Rating: 4.9 / 5 (69 voted)

Reviews: 92% of readers found this page helpful

Author information

Name: Lakeisha Bayer VM

Birthday: 1997-10-17

Address: Suite 835 34136 Adrian Mountains, Floydton, UT 81036

Phone: +3571527672278

Job: Manufacturing Agent

Hobby: Skimboarding, Photography, Roller skating, Knife making, Paintball, Embroidery, Gunsmithing

Introduction: My name is Lakeisha Bayer VM, I am a brainy, kind, enchanting, healthy, lovely, clean, witty person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.